Pada setengah-setengah orang untuk meminta maaf adalah terlalu sukar.. mungkin kerana keegoan masing-masing.. Apatah lagi kalau kesalahan yang kita buat itu, terlalu besar dan mungkin sukar dimaafkan.. Sorry emotional sikit pula hari minggu ni, mungkin seharian bersama keluarga kan..! Bagi saya, untuk meminta maaf adalah perlu selagi masa mengizinkan.. selagi kita perlu meminta maaf kita minta ampun kepada orang yang kita buat salah tu.. dan harap tidak mengulangi kesalahan yang dibuat.. Bukan lepas minta maaf, buat lagi.. :).. Apatah lagi jika kita bersalah kepada orang-orang yang kita sayangi.. pasti kita sendiri akan merasakannya betapa sakitnya hati itu.. dan kita sendiri akan merasa tidak senang dengan keadaan dan situasi sedemikian kan? Jadi, bagi saya biarlah kita berulangkali meminta maaf sekarang, sekurang-kurangnya dia tahu yang kita sudah insaf dan sedar dengan kesalahan kita..sebab masa adalah singkat.. sekurang-kurangnya sebagai pesalah masing-masing akan rasa lega kerana sudah melafazkannya.. (biarpun tidak dimaafkan! hehe..tapi kita akan rasa tenang kalau masa kita sudah sampai kan!!) So don't forget to say sorry to someone you love immediately, cos time is short.. Untuk itu, saya akan latih budak-budak saya untuk meminta maaf, biarpun perkara kecil.. sebab bagi saya ia amat perlu untuk hubungan kekeluargaan juga.. Betul kah tidak pendapat saya ni tapi saya harap boleh diterima lah kan?? Selamat berhari minggu...
No comments:
Post a Comment