Monday, April 21, 2008

Happy Birthday To My Koko

today is my koko's birthday, i hope he'll get more love and happiness from all of us Melvin, Mark, Marina and me...Love you my dear with all our heart.. Happy Birthday..

Thursday, April 17, 2008

Cutiii...

today i take my one day off... so, i'll take this chance to settle everything that i haven't done since last week.. at the same time i want to spend my off day with my koko alone hehehe.. just a break for one day la.. Actually my sister in law just arrive from Labuan yesterday so i just want to make a family day today.. so, more update soon k..

Tuesday, April 15, 2008

Server Down

uiiiyoo.. bikin marah ni, kira mau update tapi server kurang baik.. Baru hari ni dapat update... tapi masalahnya sekarang saya kekurangan idea pula, mungkin pasal nampak banyak "figure" di pejabat 2 hari ini.. 2 hari ni saya bermain dengan data so kepala banyak penuh untuk kompilasi data ni.. Analisa summary nya esok mungkin boleh selesai.. so jumpa dengan you all soon k... Very soon.. hehehe..

Sunday, April 13, 2008

To Say Sorry

Pada setengah-setengah orang untuk meminta maaf adalah terlalu sukar.. mungkin kerana keegoan masing-masing.. Apatah lagi kalau kesalahan yang kita buat itu, terlalu besar dan mungkin sukar dimaafkan.. Sorry emotional sikit pula hari minggu ni, mungkin seharian bersama keluarga kan..! Bagi saya, untuk meminta maaf adalah perlu selagi masa mengizinkan.. selagi kita perlu meminta maaf kita minta ampun kepada orang yang kita buat salah tu.. dan harap tidak mengulangi kesalahan yang dibuat.. Bukan lepas minta maaf, buat lagi.. :).. Apatah lagi jika kita bersalah kepada orang-orang yang kita sayangi.. pasti kita sendiri akan merasakannya betapa sakitnya hati itu.. dan kita sendiri akan merasa tidak senang dengan keadaan dan situasi sedemikian kan? Jadi, bagi saya biarlah kita berulangkali meminta maaf sekarang, sekurang-kurangnya dia tahu yang kita sudah insaf dan sedar dengan kesalahan kita..sebab masa adalah singkat.. sekurang-kurangnya sebagai pesalah masing-masing akan rasa lega kerana sudah melafazkannya.. (biarpun tidak dimaafkan! hehe..tapi kita akan rasa tenang kalau masa kita sudah sampai kan!!) So don't forget to say sorry to someone you love immediately, cos time is short.. Untuk itu, saya akan latih budak-budak saya untuk meminta maaf, biarpun perkara kecil.. sebab bagi saya ia amat perlu untuk hubungan kekeluargaan juga.. Betul kah tidak pendapat saya ni tapi saya harap boleh diterima lah kan?? Selamat berhari minggu...

Si Kura-kura

Dua tahun yang lepas, Melvin menyambut hari jadinya yang ke-8 dan dia mendapat hadiah seekor kura-kura (yang diimpi-impikan selama ni.. :)) bila abang dapat hadiah, yang pasti dua adiknya pun mesti dapat hadiah juga.. And of cos hadiahnya mesti sama, kalau tidak ada mesti riuh nanti.. Seperti biasa, sudah dapat hadiah itu.. 1-2 hari mestilah dibelai manja.. tapi lama kelamaan.. umpama "manis dapat sepah dibuang" hehehe.. dua ekor kura-kura kepunyaan adiknya mati .. tinggal lah seekor kepunyaan abangnya... Baru-baru ni ntah apa angin si Melvin melepaskan si kura-kura itu.. kunun-kunun mau kasi rasa tu rumput di luar so alasan dia saya terima lah.. tup tup petang tu, kura-kura tu berjaya membebaskan diri daripada kurungannya.. pa tidaknya, kurungan diletakkannya di luar tanpa tutup.. sebab selalunya Melvin akan simpan pet dia tu di dalam bilik dia.. tapi petang tu dia lupa bawa masuk.. So apa lagi, "i'm free" la tu kura-kura rasa.. hehehe.. Ni pic saya ambil hari terakhir kura-kura tu bersama kami.. Good bye si Kura-kura...


Friday, April 11, 2008

Nyanyian si kecil

First time Marina nyanyi depan saya ni, selalunya dia malu-malu biarpun saya mama dia .. So tanpa buang masa i grab my phone and take this video.. Harap-harap you all enjoy dengar nyanyian dia ni ok..

video

Thursday, April 10, 2008

Belinin Sook

Perjalanan hari ini memenatkan lah.. tapi apa yang bestnya.. dapat makan durian.. mau tengok foto-foto saya ambil sepanjang perjalanan kami.. sila lah..



my boss tengah adjust driving dia ni.. hehe, jalan licin..



disambut oleh anak-anak kecil.. excited berabis nampak kami ni... Ini ladang durian Mr. Yap..

kira mau minta bagi bibit durian dia.. tapi malu-malu ni...

mula nikmati buah durian.. fuiyooo... best ooo.. sampai lupa pula ambil foto close up isi durian yang tebal itu.. hehehe...

and to Cindy, thanx for your comment.. Excited ni dapat first comment.. hehehe.. tapi Cyn.. best blogging ni.. cuba-cubalah.. c u soon..

Gara-gara Sufiah Yusof..

Gara-gara si genius Sufiah Yusof, sebagai ibu saya jadi gerun dan takut pula ... ya lah, kan saya masih ada 3 anak kecil.. (palis-palis..!) Kadang-kadang takut pula memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anak kita bila dewasa nanti kan? Kepada yang belum terbaca mengenai Sufiah Yusof, sila googling ke Sufiah Yusof... banyak cerita pasal amoi ni.. tapi unsensored sikit lah.. Dia pernah diiktiraf sebagai budak genius pada umur 13 tahun sudah masuk Oxford University, tapi kini menjadi "Pelacur Genius" pula... boleh dengar pengakuan dia secara "live" lagi.. (sila googling ya..).. or else cuba masuk address ini, http://en.wikipedia.org/wiki/Sufiah_Yusof#column-one

Gara-gara si Sufiah ini juga, saya tertarik dengan satu artikel yang telah di email kepada saya bertajuk "Kaedah Motivasi Anak"... apa yang saya tertarik dengan artikel ini, adalah cara berkomunikasi dengan anak, dimana dalam sebuah keluarga dinyatakan dalam artikel tersebut kita perlu wujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Ibubapa juga perlu sedar bahawa setiap anak itu memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan.

Dimana, baru saya sedar bahawa selama ini saya terlalu mengongkong anak-anak kecil saya ... tidak terlalu mengongkong tetapi terlalu mengawal ketat perbuatan mereka .. (Ini juga selalu diingatkan oleh Koko saya.. saya terlalu tegas dengan anak-anak) .. Cuma kadang-kadang saya amat terasa bila anak-anak terlalu mendesak, saya jadi rimas ... (tapi bila difikirkan semula, masa-masa saya amat kurang dengan anak-anak ni dan itulah diorang suka buat hal ni bukanlah hal yang teruk-teruk tapi biasalah budak-budak yang mau minta perhatian), tapi apa-apapun segala ini akan memberi pengajaran berguna kepada saya.. Segala nasihat Koko dan kaedah-kaedah yang di email akan cuba dipraktikkan... Saya akan cuba... kalau ada kemahuan, mesti boleh kan..?

Perkembangan Semasa

Funny juga ni, gara-gara kebaru-baruan blogging ni.. perkembangan semasa pun tidak tau sudah.. hehehe.. anyway, pagi ni jumpa kawan lama satu pejabat dulu, cerita punya cerita.. baru saya tau keretapi yang satu-satunya ada di Sabah ni "accident", 3 orang yang terbunuh.. (nanti saya p cari news dulu .. dan baca apa story sebenar!)..

Hari ni mood saya baik sekali.. mungkin pasal banyak ketawa dengan "darters" semalam.. (saya ni gila main dart juga ni, cuma belum pas-pas lagilah!).. Topik kami semalam, cara-cara darters melontar dart, jadi macam-macam perangai lah diorang ajuk semula.. ketawa sampai mau pecah perut la.. Cerita punya cerita sambil praktis main dart lah.. tidak disedari jam sudah pun 1.30 pagi, Koko (gelaran to my hubby) saya pun dengan selamba bawa pulang .. member-member lain pun terpinga-pinga ni (abis tengah syok-syok cerita ni) .. Hehehe sorry guys, my hubby concerned pasal hari ni saya kena pi ofis lagi.. Pasti kamu paham kan.. Lagipun Koko saya kena bergegas ke Kota Kinabalu ada urusan.. Kesian dia.. kalau masa cuti ni mesti saya berkepit sama dia ke KK ni.. Mana mau ketinggalan ni, abis biasalah orang kampung jarang-jarang masuk bandar besar ni hehehe... teringin juga.. okla nanti saya update lagi k, ni pakai pc ofis ni (curi tulang lah!)..

Tuesday, April 8, 2008

Blogging

actually saya kurang kemahiran dalam hal-hal penulisan ni.. tapi mungkin adanya blog dari hati ke hati ini sekurang-kurangnya dapat perbaiki sedikit sebanyak penulisan saya .. mungkin atas sikap saya yang agak pemalu sikit ni menyebabkan saya kurang bergaul dan ini mempengaruhi pengolahan bahasa yang digunakan.. tidak teratur dan tunggang langgang sedikit.. Ada masa-masanya, pertuturan saya pun tidak dijaga dengan baik menyebabkan orang akan terhiris jika tidak memahami saya yang sebenarnya .. (dan ini selalu ditegur oleh hubby saya :-), i thank him for this!), apa-apapun hopefully dengan blogging ini saya boleh perbaiki penulisan saya.. These is for my son, too (mahu ajar diorang Karangan Bahasa Malaysia ni...)...

Monday, April 7, 2008

The Love of my Life

without him i can't do anything... he's my inspiration of all.. dia ni kelakar orangnya.. friendly and very strong.. dia ni alert dalam segala hal mengenai saya.. he's everything for me.. biarpun masa susah dan senang.... he's my teacher, my motivator, my sifu and most of all he's my beloved hubby.. oleh kerana saya ni agak kasar sedikit, rebellious.. hehehe.. diala orang yang paling banyak bersabar dengan saya ni... sehinggakan kadang-kadang saya lalai dan lupa diri yang boleh menyebabkan dia sakit hati.. dia jugalah "alarm clock" saya.. kalau dia tiada di depan saya.. seems that "I'm flying without wings" lah.. Dear, if you are reading this.. saya bukan jack 3 tan ahhh.. tapi apa yang saya rasa, begitulah sekarang... I love you so much ...

Happy 10th Birthday Melvin Juan Jacob

Happy10th birthday to you my dear son Melvin.. we only celebrate it at night.. everybody seems so busy with the routine life.. schools, works, etc.. but then everyone were so happy that time.. walaupun si kecil manis tu kena tummy upset masa tu.. sian dia.. By the way, happy birthday once again my dear son from mama with love.. sudah besar ni, kena belajar jadi matang k dear.. Hormati orang yang lebih tua dan hargai apa yang ada di persekitaran kita.. and most of all jangan membazir... Love you so much ..