Thursday, April 10, 2008

Gara-gara Sufiah Yusof..

Gara-gara si genius Sufiah Yusof, sebagai ibu saya jadi gerun dan takut pula ... ya lah, kan saya masih ada 3 anak kecil.. (palis-palis..!) Kadang-kadang takut pula memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anak kita bila dewasa nanti kan? Kepada yang belum terbaca mengenai Sufiah Yusof, sila googling ke Sufiah Yusof... banyak cerita pasal amoi ni.. tapi unsensored sikit lah.. Dia pernah diiktiraf sebagai budak genius pada umur 13 tahun sudah masuk Oxford University, tapi kini menjadi "Pelacur Genius" pula... boleh dengar pengakuan dia secara "live" lagi.. (sila googling ya..).. or else cuba masuk address ini, http://en.wikipedia.org/wiki/Sufiah_Yusof#column-one

Gara-gara si Sufiah ini juga, saya tertarik dengan satu artikel yang telah di email kepada saya bertajuk "Kaedah Motivasi Anak"... apa yang saya tertarik dengan artikel ini, adalah cara berkomunikasi dengan anak, dimana dalam sebuah keluarga dinyatakan dalam artikel tersebut kita perlu wujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Ibubapa juga perlu sedar bahawa setiap anak itu memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan.

Dimana, baru saya sedar bahawa selama ini saya terlalu mengongkong anak-anak kecil saya ... tidak terlalu mengongkong tetapi terlalu mengawal ketat perbuatan mereka .. (Ini juga selalu diingatkan oleh Koko saya.. saya terlalu tegas dengan anak-anak) .. Cuma kadang-kadang saya amat terasa bila anak-anak terlalu mendesak, saya jadi rimas ... (tapi bila difikirkan semula, masa-masa saya amat kurang dengan anak-anak ni dan itulah diorang suka buat hal ni bukanlah hal yang teruk-teruk tapi biasalah budak-budak yang mau minta perhatian), tapi apa-apapun segala ini akan memberi pengajaran berguna kepada saya.. Segala nasihat Koko dan kaedah-kaedah yang di email akan cuba dipraktikkan... Saya akan cuba... kalau ada kemahuan, mesti boleh kan..?

No comments: