Perkataan "marah" merujuk kamus DBP Edisi 3 tahun 2000, ia bererti berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar atau murka. Apa yang membuat seseorang itu marah? Saya paling fobia dimarahi... takut dan malu pun ada.. Anda dimarah kerana anda telah berbuat salah kepada si pemarah tadi, telah menyinggung perasaannya sehingga dia menjadi marah .. Ia bukan sahaja berbentuk luahan perasaan dengan bercakap dengan nada yang kuat ertinya marah tetapi dengan riak muka juga anda boleh lihat seseorang itu marah... Tapi bagi saya, sebaik-baiknya perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ini perlulah dielakkan.... Dalam sudut lain pula, marah itu bererti sayang.. Adakalanya bila timbul perasaan marah pada anak-anak misalnya.. Kita marah sebab kita tidak mau perkara yang tidak diingini berulang , so kita marahlah.. Tapi marah orang dewasa kepada orang dewasa ni lah yang menakutkan, hehehe, tapi setakat ini saya bersyukurlah sebab belum ada lagi (setahu sayalah, entahlah kalau marah tapuk-tapuk ni) orang yang marah kerana saya.. Apa-apapun janganlah kita "bermarah-marah", kerana marah itu boleh menimbulkan banyak perkara yang tidak diingini.. Sebaiknya jika kita marah, kita cuba kawal perasaan marah itu, cuba selesaikan dengan jalan yang terbaik.. Jadi, ceria-ceria lah selalu..
No comments:
Post a Comment